Monday 16 September 2019

Bab 2 : Bahasa Melayu Kuno

Pengenalan

      Bahasa Melayu Kuno berkembang antara abad ke-7 hingga abad ke-13. Bahasa Melayu Kuno merupakan lanjutan daripada perkembangan bahasa Melayu purda dalam bentuk tulisan. Budaya Hindu memperkenalkan tulisan Palava, Nagiri dan Kawi. Pada zaman Srivijaya, bahasa Melayu kuno digunakan sebagai bahasa rasmi kerajaan dan bahasa pengantar untuk perhubungan umum, perdagangan dan pengajaran. 

      Apabila kerajaan Majapahit, bahasa Jawa memainkan peranan utama. Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh budaya yang datang dari Nusantara seperti budaya India. Kesan kemasukan pengaruh India yang paling ketara ialah penggunaan bahasa Sanskrit yang merupakan bahasa kebudayaan terpenting di India. Bahasa Sanskrit bukan sahaja dipinjam untuk menyatakan sesuatu yang berkaitan dengan bidang kebudayaan, kesenian atau agama, tetapi bahasa itu juga telah mempengaruhi pelbagai cabang kehidupan.

Konsep Bahasa Melayu Kuno

         Sebelum kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat setempat dikenali sebagai Bahasa Melayu Purba. Bahasa ini kemudiannya dinamakan Bahasa Melayu Kuno setelah mendapat pengaruh India.

          Menurut Nik Safiah Karim dalam bukunya, Ace Ahead Bahasa Malaysia (2008), bahasa Melayu kuno ialah bahasa Melayu yang berkembang di Nusantara antara abad ke-7sehingga abad ke-13, iaitu pada zaman peralihan Hindu-Islam. Namun, menurut Abdul Rashid (2006) menyatakan bahawa terdapat penemuan sebuah batu bersurat berbahasa Melayu di Dong Yen Chau, di Teluk Taurane Vietnam bertarikh pada abad ke-4 Masihi. Batu bersurat tersebut ditulis menggunakan penyesuaian huruf Pallava bahasa Sanskrit.

          Mereka yang bertutur bahasa Melayu Kuno merangkumi Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau dan Sumatera. Bahasa Melayu Kuno diterima ramai kerana bahasa Melayu Kuno bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Bukan itu sahaja, bahasa Melayu Kuno tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa.
            

Bahan bukti

          Sewaktu pemerintahan kerajaan Srivijaya, bahasa Melayu berkemungkinan telah menjadi bahasa pengantar kerajaan. Ini terbukti dengan terjumpanya empat buah batu bersurat yang ditulis dalam bahasa Melayu Kuno pada abad ke-7 di Sumatera, iaitu :-

  • Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)

  • Batu bersurat di Talang Tuwo, Palembang (684 M)
  • Batu bersurat di Kota Kapur, Palembang (686 M)
  • Batu bersurat di Karang Brahi, Palembang (686 M)











Sistem tulisan Bahasa Melayu Kuno

  • Ditulis pada daun lontar, batu, patung, kulit kayu dan haiwan, tanduk dan lain-lain
  • Menggunakan tulisan Batak, Rencong, Lampungan dan Lontara
  • Tulisan Palava, Nagiri dan Kawi menggantikan tulisan asal itu







No comments:

Post a Comment