Untuk menguji tahap ingatan anda, boleh cuba menjawab beberapa soalan dengan menekan link dibawah,
https://kahoot.it/
Pengenalan Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu
Thursday, 19 September 2019
Bab 4 : Bahasa Melayu Moden
Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkara di atas,
sila tekan link di bawah..
https://prezi.com/view/45nxxJpfrndOr1QNdNzt/
Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkara di atas,
sila tekan link di bawah..
https://prezi.com/view/45nxxJpfrndOr1QNdNzt/
Monday, 16 September 2019
Bab 2 : Bahasa Melayu Kuno
Pengenalan
Bahasa Melayu Kuno berkembang antara abad ke-7 hingga abad ke-13. Bahasa Melayu Kuno merupakan lanjutan daripada perkembangan bahasa Melayu purda dalam bentuk tulisan. Budaya Hindu memperkenalkan tulisan Palava, Nagiri dan Kawi. Pada zaman Srivijaya, bahasa Melayu kuno digunakan sebagai bahasa rasmi kerajaan dan bahasa pengantar untuk perhubungan umum, perdagangan dan pengajaran.
Apabila kerajaan Majapahit, bahasa Jawa memainkan peranan utama. Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh budaya yang datang dari Nusantara seperti budaya India. Kesan kemasukan pengaruh India yang paling ketara ialah penggunaan bahasa Sanskrit yang merupakan bahasa kebudayaan terpenting di India. Bahasa Sanskrit bukan sahaja dipinjam untuk menyatakan sesuatu yang berkaitan dengan bidang kebudayaan, kesenian atau agama, tetapi bahasa itu juga telah mempengaruhi pelbagai cabang kehidupan.
Konsep Bahasa Melayu Kuno
Sebelum kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat setempat dikenali sebagai Bahasa Melayu Purba. Bahasa ini kemudiannya dinamakan Bahasa Melayu Kuno setelah mendapat pengaruh India.
Menurut Nik Safiah Karim dalam bukunya, Ace Ahead Bahasa Malaysia (2008), bahasa Melayu kuno ialah bahasa Melayu yang berkembang di Nusantara antara abad ke-7sehingga abad ke-13, iaitu pada zaman peralihan Hindu-Islam. Namun, menurut Abdul Rashid (2006) menyatakan bahawa terdapat penemuan sebuah batu bersurat berbahasa Melayu di Dong Yen Chau, di Teluk Taurane Vietnam bertarikh pada abad ke-4 Masihi. Batu bersurat tersebut ditulis menggunakan penyesuaian huruf Pallava bahasa Sanskrit.
Mereka yang bertutur bahasa Melayu Kuno merangkumi Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau dan Sumatera. Bahasa Melayu Kuno diterima ramai kerana bahasa Melayu Kuno bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Bukan itu sahaja, bahasa Melayu Kuno tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa.
Bahan bukti
Sewaktu pemerintahan kerajaan Srivijaya, bahasa Melayu berkemungkinan telah menjadi bahasa pengantar kerajaan. Ini terbukti dengan terjumpanya empat buah batu bersurat yang ditulis dalam bahasa Melayu Kuno pada abad ke-7 di Sumatera, iaitu :-
- Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
- Batu bersurat di Talang Tuwo, Palembang (684 M)
- Batu bersurat di Kota Kapur, Palembang (686 M)
- Batu bersurat di Karang Brahi, Palembang (686 M)
Sistem tulisan Bahasa Melayu Kuno
- Ditulis pada daun lontar, batu, patung, kulit kayu dan haiwan, tanduk dan lain-lain
- Menggunakan tulisan Batak, Rencong, Lampungan dan Lontara
Pengenalan Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu
Bab 1 : Asal Usul Bahasa Melayu
Konsep Melayu
Takrif Awal Istilah Melayu
Takrif 'Melayu' Mengikut Perlembagaan Malaysia
- Orang yang bertutur dalam bahasa Melayu, menganut agama Islam dan mengamalkan cara hidup Melayu
- Merangkumi faktor agama Islam yang menjadi asas penerimaan taraf seseorang sebagai 'Melayu' di Malaysia
Takrif 'Melayu' oleh UNESCO
- Satu keluarga bangsa yang mempunyai satu keluarga bahasa yang sama, bentuk fizikal tubuh badan yang hampir sama, berkulit sawo matang, rambut lurus, tinggi yang sederhana
- Dengan kata lain, Melayu bermaksud satu stock bangsa yang sejak beberapa lama dahulu dikenali sebagai Melayu-Polinesia atau dikenali sebagai Austronesia sekarang. Hal ini turut membawa pengertian bahawa Melayu itu merangkumi pelbagai suku kaum seperti Acheh, Batak, Lampung, Jawa, Bugis, Filipino dan lain-lain.
Salasilah Bahasa Melayu
- Rumpun bahasa Austronesia pula terbahagi kepada dua, iaitu Rumpun Austronesia Barat dan Rumpun Austronesia Timur. Rumpun Austronesia Barat melahirkan keluarga Indonesia yang dipecahkan kepada dua subkeluarga, iaitu subkeluarga Indonesia Pusat dan subkeluarga Filipina-Formosa.
Subscribe to:
Posts (Atom)